PENGENALAN
DISLEKSIA
Perbezaan kognitif, sosial, emosi , fizikal dan rohani dalam kalangan
kanak-kanak di dalam sesebuah bilik darjah merupakan perkara yang biasa. Selain
daripada pengaruh baka dan persekitaran, kanak-kanak berkembang pada tahap dan
kadar yang berbeza. Oleh yang demikian,
dalam sesebuah kelas akan terdapat murid yang cergas serta berkebolehan
dan akan ada murid yang menghadapi kesukaran dalam mengikuti pengajaran. Namun,
kadang kala kita akan berjumpa dengan kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara
dan tidak mengikuti norma-norma perkembangan seperti kanak-kanak lain.
Perbezaannya ini juga mungkin akan menyebabkan kanak-kanak ini tidak dapat
mengikuti pengajaran di dalam bilik darjah seperti rakan-rakannya yang lain dan
akhirnya terpinggir dan ketinggalan dalam pelajaran.
Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas
merujuk kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan, pendengaran
dan masalah pembelajaran. Kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran di
bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran termasuk Sindrom Down, autism ringan,
Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), terencat akal minimum dan
masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.
Disleksia adalah merupakan satu masalah pembelajaran namun ia tidak
dikategorikan sebagai satu penyakit. Dianggarkan dalam mana-mana komuniti
terdapat kira-kira lima peratus yang menghadapi masalah disleksia iaitu
bersamaan satu daripada 20 orang, dimana jumlah ini merupakan jumah yang besar
jika dibandingkan dengan masalah sindrom down iaitu satu daripada 700 orang.
Tun Hussien(2004), menganggarkan bahawa seramai 290000 murid sekolah daripada 4.9
juta murid berkemungkinan memiliki ciri-ciri Masalah Pembelajaran Spesifik
(SPLD), serta disleksia.
DEFINISI DISLEKSIA
Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu “DYN” bermakna susah, dan
“LEXIA” bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit tetapi merupakan
salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak.
Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis,
mengeja dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang
menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran
yang normal.
Mereka yang mengalami disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah
sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia.
Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk
menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti
nama bulan dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang
tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.
Masalah disleksia adalah berbeza dengan Afasia yang merupakan sejenis
penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan
kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.
Perkataan disleksia diambil istilah Yunani, “DYS” bermaksud “sulit
dalam...” dan “lex” yang bermakna ‘bercakap’. Secara kesimpulannya, disleksia
bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol
tulisan.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan
yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan
intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan
penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan
kepada anak-anak dengan memilih menghantar anak mereka ke sekolah biasa yang
mempunyai kelas khas disleksia JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk
menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan
bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa
apabila dewasa.
Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar
sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada
Jabatan Pendidikan Negara (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah
seliaannya.
DISEDIAKAN OLEH : NYAM TZE NANN P2 - PENDIDIKAN KHAS (IPG KAMPUS IPOH)

Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian
daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka
yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan
yang panjang, sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap
orang yang menghidap disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan
penghidap yang lain.
Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi penghidap disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.
Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan disleksia, antaranya ialah:
* Dyscalculia (Diskalkulia) – bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik;
Ciri-ciri penghidap Disleksia
1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
Punca-Punca Disleksia
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.
Masalah Kanak-Kanak yang Menghadapi Disleksia
Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;
Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m – w y –g – j u – n m – n
c – e p – q h – n b – d
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t – h f – v
Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kanak merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti:
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:
pada masa yang sama – dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut:
Jam – jem
cat – cat
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik.
Terdapat juga dalam kalangan mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
3 – 5 – 8
- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
Berikut adalah beberapa cadangan untuk rawatan kanak-kanak disleksia. Apa pun ia bergantung kepada kesesuaian keadaan kanak-kanak.
1. Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal.
DISEDIAKAN OLEH : NYAM TZE NANN P2 - PENDIDIKAN KHAS (IPG KAMPUS IPOH)
Mengenali kanak-kanak disleksia...

Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi penghidap disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.
Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan disleksia, antaranya ialah:
* Dyscalculia (Diskalkulia) – bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik;
* Dysgraphia (Disgrafia) – bermasalah dalam bahasa; dan
* Dyspraxia (Dispraksia) – bermasalah dalam koordinasi motor-mata-tangan.
* Dyspraxia (Dispraksia) – bermasalah dalam koordinasi motor-mata-tangan.
Ciri-ciri penghidap Disleksia
1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.

4. Sering keliru dengan
sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘p’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering
mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
7. Sering berlaku dalam kalangan lelaki.
8. Kerap berlaku dalam kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, kanak anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.

9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
Punca-Punca Disleksia
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.
Masalah Kanak-Kanak yang Menghadapi Disleksia
Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;
Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m – w y –g – j u – n m – n
c – e p – q h – n b – d
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t – h f – v
Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kanak merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti:
Batu – tuba
Gula – lagu
Gula – lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:
pada masa yang sama – dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut:
Jam – jem
cat – cat
Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik.
Terdapat juga dalam kalangan mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
3 – 5 – 8
9 – 6
Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan
yang lemah.
Berikut adalah beberapa cadangan untuk rawatan kanak-kanak disleksia. Apa pun ia bergantung kepada kesesuaian keadaan kanak-kanak.
1. Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal.
2. Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
3. Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran
istimewa bakat atau kebolehan semula jadi.
4. Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
5. Membacakan cerita untuk anak-anak dan sentiasa
mendampingi mereka.
6. Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.
7. Mengamalkan suasana
kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni.
8. Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik.
9. Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian
contohnya bagus,
pandai.