Kanak-kanak pendidikan khas merupakan kanak-kanak yang berbeza terhadap kanak-kanak biasa yang lain. Mereka mengalami kesusahan untuk belajar dan mempunyai kesusahan untuk mengendalikan mereka sendiri. Untuk menjadi guru berpendidikan khas, kita mestilah menjadi seorang yang sabar dan prihatin untuk mengajar mereka unutk mengendalikan kehidupan sendiri dan juga menjadi orang yang berguna terhadap masyarakat.
APA ITU PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas ialah satu program pengajaran yang fireka bentuk berpandukan ciri-ciri individu untuk memenuhi keperluan individu yang berpendidikan khas. Matlamat paling penting dalam pendidikan khas ialah untuk mencari dan membangkitkan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas. Pengajarannya yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum biasa atau perkhidmatan sekolah biasa.
DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas. Mengikut Heward (2000) pula berpendapat pendidikan khas boleh diterangkan dalam pelbagai perspektif. Pendidikan khas sebagai intervensi iaitu proses mencegah, memenghapus atau mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan pelajar daripada penyertaan aktif dalam sekolah atau masyarakat. Oleh itu, pendidikan khas secara umumnya didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus unutk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Ia dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya yang tidak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal.