Punca-punca Berlaku Kecacatan

Kecacatan boleh berlaku semasa bayi berada dalam rahim ibu dengan menimbulkan pelbagai masalah yang boleh menjejaskan seseorang bayi sehingga menjadi caca. Terdapat tiga peringkat semasa dalam rahim ibu iaitu peringkat prenatal (sebelum kelahiran bayi), peringkat perinatal (semasa kelahiran bayi) dan peringkat pasca natal (selepas kelahiran bayi).


PERINGKAT PERENATAL

       Pada peringkat prenatal, iaitu sebelum kelahiran bagi akan menyebabkan kecacatan dibahagian otak dan sistem saraf berubah sewaktu proses mengandung. Ibu yang menghidap campak, rubella atau siflis akan menyebabkan kecacatan embrio. Dengan pembakaan yang terlibat dengan kromosom yang mempunyai tiga kromosom dalam satu pasangan akan menyebabkan Sindrom Down ataupun Mongloid. Kanak-kanak Sindrom Down ini mempunyai 42 kromosom berbanding kanka-kanak normal iaitu 46 kromosom. Dengan penggunaan dadah dan alkohol akan menyebabkan kecacatan kerana dadah terdapat mengandungi pelbagai bahan seperti bahan pembekuan, pencegahan pembekuan, steroid, kuinina, hormon, antibodi dan autihistamin. Penggunaan dan pengambilan barang ini oleh ibu yang mengandung mesti mendapat nasihat dan persetujuan daripada doktor. Alkohol boleh membantutkan perkembangan janin.

       Dari segi pemakanan pula, kekurangan zat makanan oleh ibu mengandung adalah sangat penting sewaktu mengandung akan menjejaskan pertumbuhan embrio dan menyebabkan kecacatan kerana tiada pemakanan yang seimbang yang dapat membekalkan nutrisi yang secukupnya. Bahan kimia akan masuk ke dalam tubuh melalui air, makanan dan udara dan menjejaskan kesihatan kandungan ibu tanpa diketahui oleh ibu tersebut. Bagi ibu yang cuba menggugurkan kandungan tetapi gagal juga akan menyebabkan kecacatan kerana bayi tersebut telah dicederakan dan tidak dipulihkan.

PERINGKAT PERINATAL

       Semasa bayi tersebut dilahirkan iaitu peringkat perinatal boleh menyebabkan kecacatan apabila bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang dan berat badan kurang daripada 2500g. Mereka mempunai risiko yang tinggi untuk mengalami kecacatan. Usia kandungan adalah penting kerana ini akan mnentukan kematangan organ dalam janin yang sedang berkembang. Bagi bayi yang tidak cukup matang atau tidak cukup berat kerana mereka dilahirkan dalam masa yang lebih awal menyebabkan keadaan tersebut. Pemakanan ibu yang tidak seimbang serta merokok dan penggunaan dadah merupakan punca pramatang bayi yang dilahirkan. Semasa kelahiran bayi, ibu yang mengalami kesukaran untuk melahirkan anak terpaksa menggunakan forcep dan vakum semasa kelahiran akan memberikan kesan buruk kepadi bayi menyebabkan kecacatan. Bagi kekurangan oksigen boleh mencederakan otak dan menyebabkan kerencatan mental.


PERINGKAT PASCA NATAL


       Dalam peringkat pasca natal, iaitu selepas kelahiran bayi, kecacatan boleh terjadi akibat penyakit, keadaan persekitaran dan kemalangan. Penyakit Encephalitis disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan jika tidak dirawat menyebabkan kerencatan otak. Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang dijangkiti rabies. Penyakit Meningitis disebabkan oleh virus dan bacteria yang menyerang tisu otak dan tulang belakang. Tanda penyakit ini ialah demam, sakit kepala, sakit mata dan muntah. Jika tidak dirawat dengan segera kerencatan akan berlaku. Selain itu, kehidupan keluarga yang miskin menyebabkan kekurangan kemudahan dan bahan memperkembangkan fizikal dan mental. Kebanyakan saintis berpendapat IQ seseorang boleh berubah mengikut keadaan alam sekeliling. Kecacatan dengan kerencatan mental boleh diakibatkan oleh pencemaran alam sekeliling. Kanak-kanak mudah terdedah dengan logam berat seperti plumbum dan merkuri melalui makanan dan penafasan akan menimbulkan pelbagai masalah pembelajaran, emosi dan sebagainya..

DISEDIAKAN OLEH : NYAM TZE NANN P2 - PENDIDIKAN KHAS (IPG KAMPUS IPOH)