
Kita sering merasa terburu-buru mengejar masa kerana
perlukan masa yang banyak bagi melakukan aktiviti harian. Keadaan ini akan
menyebabkan kerja yang kita lakukan menjadi kelam kabut. Post kali ini
berkaitan dengan 10 tips pengurusan masa berkesan
1) Set Matlamat dan strategi
Pastikan apa matlamat kita dalam jangka sama panjang dan
pendek. Dengan merancang matlamat tersebut, kita akan tahu apa perlu dicapai
dan mengapa perlu kita capai matlamat tersebut bagi memudahkan kita membuat
keputusan perkara penting yang perlu diselesaikan.
2) Fokus matlamat .
Kita akan memberi lebih tumpuan dalam melakukan kerja
sekiranya kita fokus kepada sesuatu kerja. Buat sesuatu kerja dengan memastikan
kerja tersebut merupakan perkara yang utama perlu diselesaikan.
3) Buat Jadual masa.
Bukankah mudah bagi kita untuk merancang kerja yang perlu
dilakukan? Set tempoh masa untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan
mengurangkan rasa risau kerana merasa tidak mencukupi masa.
4) Utamakan matlamat asal
Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan
tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas
yang baru. Bilakah tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai? Ini akan
memastikan tugas yang sedang dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti.
5) Mewujudkan sistem pemfailan
Apabila kita telah merancang sesuatu matlamat penting untuk
kita mewujudkan sistem dalam pengurusan masa. Salah satu sistem yang boleh kita
wujudkan adalah sistem pemfailan yang teratur, pengurusan maklumat dan
komunikasi.
6) Realiti Pengurusan masa kita
Sentiasa renung kembali kepada pencapaian yang kita buat.
Sama ada kita melakukan dengan berkualiti atau sebaliknya. Bahagi-bahagikan
matlamat yang dicapai dengan matlamat yang belum dicapai boleh memudahkan kita
menentukan matlamat mana yang lebih penting.
7) Kerjasama
Apabila melakukan sesuatu projek atau kerja adalah lebih cepat
terhasil apabila bekerjasama dengan kumpulan kerja kerana akan lebih
menjimatkan masa, boleh memberi motivasi diri, meningkatkan keyakinan dan boleh
mengembangkan kemahiran masing-masing.
8) Pencapaian Lalu
Lihat kembali pencapaian kejayaan kita yang lalu dalam
sesuatu kerja. Gunakan teknik ini dengan memperkembangkan lagi fokus
dalam matlamat yang perlu kita capai. Bayangkan kita kerja hari ini kerana kita
perlu bercuti pada esok hari.
9) Kehidupan harian
Rancang jadual aktiviti harian juga amat penting kerana
kehidupan kita ini adalah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Pengurusan
masa adalah pengurusan kehidupan harian kita.
10) Selesaikan tugas
hari ini
Cuba selesaikan tugas pada hari ini. Jangan bertangguh.
Dengan menyelesaikan tugas pada hari ini kita dapat merancang tugas esok pula.
Sebelum meninggalkan tempat kerja, kita perlu rancang apa tugas yang
perlu kita lakukan pada hari esok. Ini mengelakkan rasa risau tentang tugas
yang perlu dilakukan dan bersedia untuk melakukan tugas pada hari esok sebelum
balik dari pejabat.
Setiap orang mempunyai bilangan masa yang sama
iaitu 24 jam sehari. Jangan katakan kita tidak mempunyai masa yang cukup kerana
dengan pengurusan masa yang bijak memastikan kita boleh bekerja, bersama-sama
keluarga serta berehat dan tidur dengan cukup.
SUMBER :
http://krksmkbrputra.blogspot.com/2013/04/10-tips-pengurusan-masa-berkesan.html